ZAMAN ANAK-ANAK

Aku - Mia .
Anak gadis pertama dalam keluarga. Bebannya memang berat. Dilahirkan dalam keluarga yang serba serbi kekurangan. Namun kerana inilah aku bangkit .

"Dik, seluar koyak tu. pergi balik tukar dulu. sempat lagi ni. bas belum sampai".
Rasa malu sangat masa tu tapi apa yang aku nak jawab dekat abang ni. Takkan nak cakap ini je seluar yang aku ada. Sengaja aku rendahkan tali beg sekolahku biar tak nampak sangat koyak dekat seluar tu. Bas pun sampai tak lama lepas tu dan nasib aku baik sebab aku dapat duduk. Syukur.

Sengaja ku toleh belakang mencari susuk tubuh abang yang tegur aku di bus stop tadi.
Dia adalah! selang dua kerusi tempat aku duduk dan paling tragis, ngam-ngam aku toleh dia tengah pandang aku dan senyum dia aku nampak dan ku balas dengan sengihan malu. Damn! kantoi.

Kehidupan aku sebagai budak sekolah menengah agak berbeza dari budak norma yang lain. Kesusahan hidup bukan penghalang bagi aku untuk jadi diri sendiri. Salah seorang murid kepercayaan guru menjadikan aku budak koperasi untuk 3 tahun berturut ditemani kawan paling memahami aku - Ayu.
Paling aku ingat aku punya 'secret admire' yang aku tahu siapa orangnya.
Dia -  beza 2 tahun dari aku,
- seorang budak nakal sekolah dan
tiapkali ada perhimpunan aku pasti nampak dia berdiri depan dengan kawan-kawan dia sebaris dengan cikgu-cikgu. Muka baik tapi otak nakal ya amat!.

Seingat aku masa April fool, memang nasib aku baik sebab aku ponteng haritu , dan dengar cerita dia memang plan nak kenekan aku. Tapi malangnya oleh sebab aku tak datang, change plan B- kawan dia kenakan kawan aku but using the same method.
Panggil kawan aku masuk kelas dia cakap cikgu nak jumpa dan bila masuk kelas, diorang boleh ramai- jerit 'April fool' .. Takguna betul!

Pernah juga waktu hari kantin sekolah dia nak belanja aku masuk rumah hantu dan dengan baik aku menolak. Walhal siap semua kawan-kawan dia cakap jangan berani kacau aku sebab aku ni makwe J. Ohya, aku kenalkan dia sebagai J. Dalam otak aku sejak bila kami declare? suka hati ko je nak cop dan announce aku awek ko. Aku macam biasa, malas nak fikir pasal soal rasa-rasa ni, aku biarkan je benda ni.
Aku kawan sama macam yang lain cuma mungkin rasa dia pada aku agak luar biasa.
Mungkin.

Dia cukup nakal bagi aku dan dia juga merupakan warna-warna dalam hari-hari sekolahku.
Mana taknya, berkawan dengan budak nakal,
yang sukahati pukul budak-budak yang jadi hantu masa hari kantin,
dipukul oleh cikgu masa perhimpunan sekolah,
dan paling sweet, tiap hari balik sekolah tanpa gagal akan tunggu aku luar pagar walaupun aku balik pukul 3 sebab ada kelas bahasa arab.
Menemani aku berjalan kaki dari pagar sekolah ke bus stop yang jauhnya dalam 15 minit perjalanan.

Kadang-kadang dek rimas, sengaja aku balik ikut jalan lain sebab taknak beriringan jalan sama dengan dia dan kawan-kawannya yang kadang-kadang akan tunggu kami kat bus stop
atau paling epic jalan dibelakang kami. Terasa macam ada body guard masa tu. Siapa yang berani kacau 'awek' budak nakal sekolah kan . Senyum.

Tiapkali kelas dia ada program di dewan, dia pasti akan angkat kerusi dia dan letak depan cermin tingkap kelas aku (aku duduk sebelah tingkap paling belakang) meletakkan dagunya atas kerusi dan merenung ku tanpa menghiraukan yang lain sampai cikgu kelas aku tegur dia. Selambanya dia cakap, kirim salam kat dia cikgu sambil jari dia menunding ke arah aku.
Malu giler.
Merah muka.
Bukan sekali dua, tiapkali kelas dia ade program di dewan tiapkali itulah dia akan buat bende yang sama.
Paling tragis, dewan tu sebelah kelas aku je. Kelas aku memang laluannya.
Tergelak aku bila ingat balik.

Tapi lepas aku berpindah ke sekolah teknik masa tingkatan 4, kami dah lost contact almaklumla sebab masa tu mana ada handphone, harapkan public phone dan telefon rumah saja dan aku tak pernah bagi nombor telepon rumah aku pada kawan-kawan lelaki. Cerita pasal J tamat begitu sahaja. Pernah aku dengar dari kawan aku yang dia pernah cuba nak cari aku tapi tak dapat. Sebab aku dah cakap dengan kawan-kawan ku jangan pernah bagi nombor aku pada budak lelaki sebab ayahku cukup garang lagi-lagi membabitkan hal-hal cinta monyet ni. Aku cuba sedaya upaya taknak terjebak dalam kisah cinta anak-anak sekolahan. Senyum.

Aku doakan J sentiasa baik-baik sahaja.
Terima kasih atas pengalaman remaja yang aku takkan lupa
Momen-momen yang bisa buat aku tersenyum dikala ini tiapkali aku teringat
Punya pengalaman disayangi oleh gangster sekolah sungguh seronok
walaupun kita tidak bercinta tapi aku syukur kerana kau pernah ada dalam hidup aku.

Terima kasih gangster!
Doa yang baik-baik saja untuk kamu.

No photo description available.

Comments

Popular Posts