MAK

20 Januari 2020

Adalah hari terputusnya doa seorang ibu untuk diriku
Hilang satu kunci semangat untuk aku menghadapi dugaan-dugaan hidup yang mendatang
Bukan tidak pasrah tapi rasanya begitu berat
Tapi entah kenapa air mata ini masih belum mengalir
Adakah hati belum masih menerima yang tiada lagi panggilan 'mak' keluar dari mulutku

Awalnya masih aku ingat, mak sesak nafas pagi itu.
20 Disember 2019.
Kekal ingat dalam ingatan. Saat aku sampai ke rumah aku dengar mak sudah menangis cakap susah nak bernafas
aku kaget.
sudah disuruh abang telefon ambulan tapi hampir 1/2 jam masih tiada van ambulan muncul depan rumah

kami nekad angkat mak masukkan dalam kereta dan terus ke Klinik Kuala Selangor
Dikhabarkan hari itu memang ambulan kurang
Proses transfer mak mengambil masa agak cepat.
hari yang sama mak dibawa ke hospital tanjung karang dan malam tu juga sudah ditransfer terus ke Hospital Sungai buloh

Setelah diperiksa rapi. Mak disahkan paru-paru berair.
Itu yang membuatkan mak sukar untuk bernafas normal.
Dari ICU ditukarkan ke wad biasa.
Takdir Allah.
Doktor sahkan organ utama mak semua sudah dijangkiti dan rosak
Hanya menunggu masa untuk bertemu Sang Pencipta

Jujur aku menangis tatkala pulang dari hospital bila mendengar perkhabaran itu
Wajah mak yang kurus dan lesu ku pandang tanpa jemu
dahinya ku cium dan ku akui dalam kepala ku waktu itu, bila lagi aku dapat cium bau seorang mak.

Mak,
akak rindu
pada siapa nak ku lantunkan bahasa jawa
pada siapa nak ku ceritakan tentang kisah hidup yang kadang2 perit untuk aku telan
pada siapa untuk ku lepas rindu masakan ibu
pada siapa. . .

Tuhan uji kami
Lagi berat mungkin pada ayah
tapi jujur akak terlalu rindu mak
entah kenapa susah nak menagis
dan akak tahu selagi ia tak keluar
hati ini seakan belum masih menerima ketiadaan mu

Semoga mak bahagia dia alam abadi
mak pergi dulu
nanti akak datang
kita berkumpul di syurga
InshaAllah

Semoga Allah makbulkan doa2 kita
Ampunkan dosa2 kita

Sampai jumpa nanti. .
Akak rindu. .

Comments

Popular Posts