AKU PUNYA SENYUMAN ITU

Jarang sekali aku rasa apa itu freedom kebelakangan ini
Sebab jiwa penuh dengan benci
Tawa juga makin hilang
Dikelilingi makhluk yang punya perasaan dengki membuat aku jadi kelabu

Ya, tawa itu aku punya
tapi ia makin menjauh
dan senyum itu tanda girangku
tapi ia juga makin kabur

aku perlukan hari-hari yang bahagia yang boleh membuatku senyum semula,
ketawa tanpa had, dan kata-kata seikhlas mungkin.
Kerana hari-hari yang dilalui patut norma nya begitu
Bukan kelabu
bukan juga mendung

Aku perlukan nya
Ubat ketawa
Penggeletek
agar aku bisa ketawa sekuat yang boleh
dan senyum selebar-lebarnya

kerana aku dulu punya itu.




Comments

Popular Posts