|| BERIBU BINTANG DI LANGIT ||

Tetikusku laju menghala ke arah page dia. Hanya dengan sekali 'klik' saje page dia muncul depan mata. Wajah ini yang aku jumpa selalu suatu masa dulu. Entah kenapa aku seakan-akan merindui zaman belajar kami. Sekarang dah jauh berbeza,dia dengan kehidupan dia dan aku dengan hidupku. Perasaan rindu tu muncul tiba-tiba,aku pun tak tahu mengapa.

"Astagfirullahalazim. . .asal la aku rindu kat dia ni tiba-tiba..hish! cari pasal namenye ni. Yem, jum teman aku makan malam ni. kita lepak tempat biasa. Warong Pak Li. tiba-tiba plak aku teringin pekene kopi kaw dia tu...huuushh! sedap woo."
"aku on je asal ko payung aku. hehe. pukul bape nak gerak wei?"
"Lepas maghrib la, papehal sebelum kita buat dosa kat Warong Pak Li tu eloklah kiranya kita solat dulu. Jahat-jahat kita ni pun solat gak. Untung wei sape dapat kita jadi suami diorang. .kahkahkah. ."

Ketawa kami memecah kesunyian rumah bernombor 2 di Lorong Titian tu. Hidup bujang memang seronok, lagilah seronoknya kalau dapat kawan serumah yang sekepala. ape yang nak buat semua ada geng. aku bersyukur diatas segalanya yang dihadiahkan kepadaku; rumah,keluarga, kerjaya & rakan-rakan.

"Bang, bagi benjo satu, burger ayam double special dua. kejap lagi saya datang ambil ye bang"
"Mak aii, minah ni. makan ke melantak"bisik hatiku. .
"Jo, aku nak burger ayam satu ye..kasi cepat ar..Yem, ko nak tak?"
"Takpe la aku dah order nasi goreng kat pak Li tadi. Lapar sangat la wei. "

Selang beberapa minit, aku pergi ke gerai Jo untuk collect burger yang diorder. Dari jauh, mata aku tidak berganjak memandang seorang gadis memakai baju T biru cair,bertudung hitam & berseluar jeans berdiri dihadapan gerai Jo. Entah mengapa,aku seolah-olah mengenali gadis itu. Dari gaya dia berdiri, bercakap memang saling tak tumpah sama seperti seseorang yang pernah aku kenali dulu.

"Okey, tima kasih ye bang"
Kami bertentang antara satu sama lain selepas dia membayar dan mengambil burger yang dibeli. Kedua-duanya diam kaku. Aku dapat rasakan jantung aku berdebar kencang,entah dari mana datangnya haba panas pada waktu itu sehingga membuat aku berpeluh secara tiba-tiba. Dia gadis bernama Mia Erlina. Seorang gadis yang pernah bertakhta dihati ku sewaktu masa dulu. Memang tak dinafikan silapku yang membuat tiada jodoh diantara kami. Gejolak darah manis seorang lelaki yang tidak memikirkan perasaan wanita & hanya tahu wanita itu boleh ditukar ganti membuatkan dia kecewa dengan harapan yang dia pernah sandarkan dibahuku.
"Ko ni tak fahamke hah!  aku dah cakap aku  bukan serius denganko sangat. setakat pompuan macam ko ni aku boleh dapat bila-bila je. ko tu janganla nak terlampau lurus bendul sangat,kesian pulak aku tengok.hahaha"
Pang! tamparan tu buat aku sedar akan segala perbuatan jahat ku terhadap dia
"Awak jangan nak melampau sangat encik Yusuf. Ye memang saye lurus bendul dan memang saya bersalah sebab menyayangi & menaruh harapan pada awak. Saye rase menyesal kenal orang macam awak, dan saya berdoa semoga apa yang awak buat pada saya ni akan diberi balik kepada awak suatu hari nanti. awak kene ingat cakap saye ni, saya tak marah jika saya ade perasaan sayang tu pada awak tapi cukupla ia menjadi pengajaran kepada saya yang lelaki macam awak ni,ada rupa, berharta, peramah kadang kala lebih banyak menyusahkan hidup orang dari membahagiakan".  Disitulah kali terakhir aku lihat dia dan selepas itu dia hilang tanpa jejak.

"Eh, Yusuf kan. alamak camne leh jumpe awak kat sini." kata-kata itu buat aku tersentak
"Urm..Mia ye. A'ahla kebetulan pulak jumpa awak kat gerai burger ni. Ni kedai kawan saya Jo"
"Ooo. . kawan awak rupenye. Dah rezki kita la tu berjumpa di gerai burger. hehe. . selaluke lepak sini. nape tak pernah nampak ye?"
"dah rezki kita la kut kan. saye selalu gak la lepak sini. rumah pun berape tapak je dari sini. awak dok sini jugak ke?"
"A'ah. saya tolong makcik saya uruskan rumah anak-anak yatim di seberang kampung tu. Rumah Anak-Anak Yatim Taqwa. pernah dengarke?"
"OOo...saya bab rumah-rumah kebajikan ni kurang arif sikit..kat mana tadi,seberang kampung sane ye?"
"Ye, okla yusuf, saye kene gerak dulu..sian plak kawan-kawan saye tunggu nak makan burger ni..karang ade yang makan dinding rumah kang..hehehe..ok bye. Assalamualaikum" ketawa dia masih manis seperti dulu.
"eh. Mia,ada no.phone tak..senang-senang boleh pekena kopi same-same"
"InsyaAllah,ade jodoh kita akan jumpe lagi. ."
Dia berjalan menuju kereta perdana hitam yang parking tidak jauh dari warong pak Li. Mia , mia. kau masih cantik & ramah seperti dulu. tapi aku tidak tahu sama ada ko masih menyimpan perasaan marah & dendam terhadap aku lagi atau tak. Andainya aku boleh baiki semula salahku kepadamu. Akan ku jaga kau sehingga akhir hayatku. Ini janjiku.

 facebook Post 
-->Hye Mia, macam tak percaye je blh jumpe balik kan. bile nak pekene kopi dengan saye. warong pak Li jum!
akhirnya page yang selalu aku view tu kini berada dalam friendlist aku. Mia Fathia
-->sorry la wak, saya sibuk sejak dua menjak ni..nanti kalo dah free saye roger awak ok
-->urm,okla nak wat camne kan..org jual mahal
-->saye jual ape kat awak ye?hihii..sorry la yusuf..next time maybe k :)
-->orite,no problemo :)

Treet treet..
"Der, handphone ko bunyi "
"Orite. Biar je atas meja tu,jap lagi aku tengok"
Dengan hanya bertuala,aku keluar mencapai handphone aku yang terletak diatas meja. Nama Mia tertera dalam inbox.

Saye amat percuma (free) harini ni. . dinner same jum :) - Mia -
Yes, saye pon percuma gak. hihihiii. . ok set. . Mia set time & place -Yusuf-
Jum Lepak Corner | Lepas maghrib pukul 8:00pm. . ok? - Mia-
Orite,saye amik awak k. . tunggu depan simpang kampung seberang. . hihii - Yusuf-
Ok. dun be late ye. . lambat tinggal - Mia-
Absolutely on time. . c u - Yusuf-


Dinner dengan Mia. nak pakai baju yang mana ye. alahai apasal la aku tibe-tibe gabra je ni. keluar dinner dengan kekasih lama weyh, mau nye tak berpeluh. . last-last hanya jeans & t'shirt putih menjadi pilihan. simple & clean. nampak suci sikit..hehehe. .

Tepat pukul 7.45pm aku bertolak ke simpang tempat pertemuan kami. .Rase excited, nervous dan happy semua ada. mana taknye dah hampir lima tahun kami tak jumpe, lagi-lagi ditambah dengan perpisahan yang agak tragis. aku harap-harap ini peluang kedua yang diberikan kepadaku untuk aku menebus salah silapku padanya. Aku berjanji andai kali ini ada jodoh antara kami, aku akan jaga dia dan hargai dia lebih dari segalanya. Ya Allah, Kau berikan aku peluang itu dan semoga ada jodoh antara kami.

Sampai saja disimpang,kelihatan kelibat 2 orang sedang menunggu. . alahai takkan dia bawak member dia kut. . potong ar camni.  Dengan perlahan aku menghampiri & berhenti tepat depan Mia. . Mia membuka pintu kereta dan masuk ke dalam. .
"Kawan awak tu tak ikut sekali ke?" saja aku tanye biar tak kelihatan janggal. .
"Eh, tak lah..dia pun tunggu pakwe dia. kebetulan kami berdua nak tunggu kat simpang ni. tu yang sama-sama  tercegat kats ini tu. . pakwe dia pun dah on the way kat depan gerai sana tu. jap lagi sampailah. " jawab Mia bersahaja.

Aku curi-curi lihat wajah dia. masih cantik seperti dulu. cara percakapan, perwatakan & gerak geri dia masih sama. aku tersenyum sendiri.
"Yang awak ni tersengih sorang-sorang ni ngape?sawan ye?"
"Ape plak sawannye. saya tengah dengar radio ni..DJ ni buat lawakla. awak tak dengar ek?"
"Lawak? radio?. bukan ni Cd lagu ke? sah! awak ni ade sawan" sambil tersengih perli.
"erk~~" ayat aku mati disitu. malu beb kantoi aku sengih sorang-sorang. tapi aku masih boleh cover macho okeyh.

Setahun telah berlalu. . .

Entah kenapa Mia hilang khabar berita dia dua bulan lepas. sebelum ni hubungan kami baik-baik saja. Puas aku fikir apa salah aku sampai dia hilang tanpa khabar berita. Dah merata aku cari dia, kawan-kawan dia semua aku contact tapi hampa. Dalam benak otak ku, aku terfikir dia ni nak balas dendam dengan aku ke? Tapi aku betul-betul rindukan dia. Mia, dimanakah kau. .

Pagi tu,aku gagahkan diri melangkah ke depan pintu pagar menghampiri peti surat yang agak lama aku tak kunjungi. ku lihat berkepul-kepul surat dalam tu. aku belek satu persatu memilih yang mana menarik perhatianku. tiba-tiba aku terpandang satu kad jemputan perkahwinan bersampul merah jambu terselit diantara keping-keping surat tadi. Aku terpaku.

Jemputan Perkahwinan Mia Fathia & Haris Iqmal

Mengapa Mia? kenapa bukan aku. tiada peluang lagikah untuk kita bersama. aku ingatkan kau dah boleh maafkan aku tapi inilah jawapan sebenar untuk aku. tanpa ku sedar air mata jantanku mengalir lesu. .

Dua tahun sudah berlalu. masih segar lagi dalam ingatanku, hari pernikahan Mia. sengaja aku tidak hadir takut tak terkawal diri ini. sehari sebelum pernikahan dia, aku berjumpa dengan Nisa, teman baik. Nisa telah menceritakan segalanya kepadaku. Barulah aku sedar bahawa wanita ini senang untuk memaafkan tapi tidak mudah melupakan. Dia sudah memaafkan segala perbuatanku padanya tapi baginya cukuplah sekali hatinya disakit oleh lelaki bernama Yusuf. tiada lagi ruang untuk aku. Dia kini bahagi bersama insan yang lebih menghargai dia dengan jujur dan ikhlas. Aku faham Mia. terima kasih kerana memaafkan aku. Cukuplah sekadar ikatan 'kawan' itu ada diantara kita.

Sedang aku berjalan-jalan di taman berdekatan dengan rumah makcik Zainab,makcik belah ayah ku. aku terlihat gelagat seorang anak bersama ibunya. seakan-akan ku kenal ibunya itu. Mia. . comel anaknya. manja,periang & ramah sama macam ibunya. disebelah ibunya  ku lihat si ayah rajin melayan karenah anaknya yang agak aktif. kadang-kadang kelihatan si ayah mencium pipi si ibu tanda kasih. Betullah, jodoh,pertemuan, ajal maut semua ditangan Allah. . yang baik akan dapat yang baik. . aku banyak belajar erti setia & kasih dari gadis bernama Mia ni. aku doakan semoga dia sentiasa bahagia dengan keluarganya yang penuh kasih sayang. dan aku harapkan ada jodoh sepertinya untuk aku. .disapa angin sepoi-sepoi, ku berlalu meninggalkan sebuah keluarga itu dengan seribu kenangan. . Ku harapkan dalam beribu bintang dilangit itu ada satu untuk ku. .

Comments

Popular Posts