U A DOCTOR? SURE KE NI?

SITUASI 1
LOKASI: Sebuah Klinik Swasta di Taman Pinggiran (klinik X)
DOKTOR: LELAKI

Minggu lepas aku ke klinik untuk buat check-up area ceaser aritu sebab tiba-tiba je terasa sakit dan paling mengerikan aku tengok ada sikit melecet pada satu area (kecil je)..Disebabkan banyak dah cite yang aku dengar pasal ceaser ni, dengan perasaan risau yang teramat sangat, aku pun call encik ali untuk bawa aku g check-up kat klinik X.. Kenapa aku tak pegi check-up kat klinik kerajaan atau kat klinik swasta yang lain?

Jawapan dia:
  • Klinik kerajaan - kena datang awal, menunggu sekurang2nya 2 jam baru sampai 'turn', silap haribulan dia suruh refer hospital. Dipendekkan cerita, kerja yang memerlukan masa sejam boleh jadi sehari tak pun 2 3 hari..yelah mane taknye, kalau dia suruh refer doctor kat hospital, tak ke aku kene pegi hosp. pulak, pastu sahih kene amik no.giliran semula kan?
  • Klinik swasta yang lain - sebabnye simple je..mase pregnant haritu aku sudah biasa g klinik ni wat check-up,scan baby & kalo ade sakit2 lain pun aku prefer klinik ni.
Nak dipendekkan cerita, doktor yang bertugas haritu doktor yang tak pernah aku jumpe sebelum ni. Doktor barulah agaknye. Masa tu klinik tu masih lengang,tak ramai pesakit so 'turn' aku pun cepatla. Bila masuk & diperiksa oleh beliau, dia bagi aku ubat sapu, ubat tahan sakit & antibiotik. Yang menjadi halnyer,dia cakap kalo aku makan antibiotik ni, aku tak boleh menyusukan baby aku selama 2 minggu..giler hape???!! dan oleh sebab aku ni bukanlah lulusan aliran medical, aku pon follow je cakap doktor tu.

Masuk 2 hari, aku cam sedih jer tengok baby aku minum susu botol. Memang sadis seyh, baru aku tahu macam ni perasaan kasih seorang ibu pada anaknye. Susu aku pam pun kene buang. Dan disebabkan tu, baby aku x berak 2 hari..risau sangat okeyh ^_^'..

SITUASI 2
LOKASI: Sebuah Klinik Swasta di Kuala Selangor (Klinik Y)
DOKTOR: PEREMPUAN

2 hari anak aku tak berak..tiapkali dia meneran je nangis..sah sembelit!..maknenye dia tak 'rasi' dengan susu botol tu..mak & ayah aku selaku nenek & atuk dah membebel2,yelah cucu sulung weyh..mane tak sayang..pagi tu aku pun pegi klinik Y dengan harapan masalah aku ni selesai fullstop!.

Doktor tu bagi ubat untuk baby sembelit..dan paling mengejutkan,doktor tu cakap antibiotik tu kalo aku makan boleh susukan baby aku..(watdehell doktor X tu)..rasa bengang,menyumpah sume ade..dia tak tahu ke susu ibu tu penting untuk anaknya!..aku tahu la dia lelaki tapi janganla nak tunjuk sangat 'ketidakpakaran' tu pada aku kan..

Antibiotik tu pun dah habis aku makan smlm.dah dengan perasaan gumbiranye aku susukan anak aku sejurus saje balik dari klinik Y. Oh lupe aku nak bagitau..doktor Y tu doktor perempuan ^_^..so, aku harap anak aku akan back to normal..can't wait to see him 'berak'..hehe

Peringatan: Berilah susu ibu kepada bayi anda, kerana tiada susu yang sebaik susu ibu..

Comments

Popular Posts