SIAPA AKU UNTUK MEMPERTIKAI TAKDIR ALLAH


Dulu aku menangis mengeluh
kenapa aku selalu je diuji
Hidup susah, cinta tak kesampaian, tidak berharta dan selalu dikata
Aku mahu
Hidup senang,berharta, apa yang aku nak aku miliki
Aku pernah malu 
hanya kerana memakai kasut sekolah tahun lepas
semua orang pakai kasut baru,putih & cantik
kasut aku cuma putih kerana kapur
tapi ditepi-tepi kasut tu dah terkoyak kecil

Banyak bende aku keluhkan
kenapa keluarga aku tak kaya macam orang lain
kenapa cinta aku putus ditengah jalan
tiada bahagiake untuk aku
walaupun aku selalu tolong orang
kenapa takde orang nak tolong aku
bodohkan bila fikir macam tu
nampak sangat tak mensyukuri nikmat ALLAH
yang aku tahu merungut merungut dan merungut

Pertemuan aku dengan dia mengajar aku apa itu bersyukur
Terima kasih ALLAh, terima kasih awak
kalo dulu aku mengeluh kenapa tidak kaya
orang kaya bukan selalu hidupnya aman
banyak hutang keliling pinggang, hipokrit merata-rata
ingat orang bahagia dimata tu nyatanya bahagia di jiwa?
tak semua macam yang kita lihat
manusia ni penuh dengan fatamorgana
didepan senyum melebar
dibelakang tangisan sepanjang saat
terima kasih ALLAh kerana buat aku mengerti

Ya ALLAH berikan aku kekuatan menjalani hidup-hidupku yang indah ini
walaupun sederhana tapi aku bahagia
walaupun tak kaya tapi aku mampu ketawa
walaupun selalu kecewa,akhirnya aku punya cahaya mata
sebelum pelangi hujan ribut akan melanda
biar kita digelar beluncas pada awalnya 
kerana akhirnya kita kan jadi rama-rama yang cantik
ALLAH itu maha mengetahui.
percayalah pada takdirnya



Comments

Popular Posts