CENDOL BAKAR?

CENDOL BAKAR? Itulah persoalan yang selalu berlegar-legar dalam kepala otak kami tiapkali kami melalui Jalan Saga (berhampiran dengan Highway Latar). At the first sigh,memang namanye gempak - CENDOL BAKAR & MINUMAN RINGAN PERCUMA

Akhirnya, kami pon singgah disitu. Pada suatu hari itu,cuaca panas dan memang tekak ni request cendol utk kelegaan. Boleh tahan jugakla ramai pelanggan dia ni. Gerai pon ala-ala kampung,tenang je menikmati udara yang nyaman ditambah dengan hirupan cendol yang sejuk dan sedap. Macam-macam perasa ade; korang nak pulut, durian,special extra special pon ade.



Dan untuk menjawab persoalan yang dari dulu aku sibuk fikir "macam manalah dorang ni buat cendol bakar ye?rase cendol dia same je"..hah! korang jangan tak tahu,aku siap ngintai2 dapur dorang mase order cendol tu kat kaunter..dahsyatkan,beriya-riya nampaknye nak tahu. dan akhirnya persoalan aku terjawab..kenapa mereka menggelarkan CENDOL BAKAR ------>sebab nama pengusaha tu "Pakcik Bakar" (terdiam aku kejap,pastu bantai gelak dengan suamiku) tapi korang jangan salah faham plak,kitorang bukan gelak dekat kaunter tu,kitorang gelak mase tengah makan cendol tu keran tiba-tiba aku terpandang notis "PEKERJA DAPUR DIPERLUKAN SEGERA. BERMINAT SILA HUBUNGI PAKCIK BAKAR DI NO......"


Memang peristiwa betullah haritu..Tergelak plak aku sorang-sorang masa taip entry ni..hehe
Be uolls must try okeyh,especially Cendol Duriannye (recommended)

CENDOL BAKAR

Comments

Popular Posts