"TIDAK" FOR UR BIG DAY

12:30pm
Kampung Kuantan

"Mak banyaknye kad kawin kat atas meja ni"
"Biasalah kak,dh akhir-akhir tahun..ramaila org kawin"

Yelah,kalo akhir tahun je ramai orang kawin,kalo ramai orang kawin je mesti akhir tahun ^_^
Teringat plak dengan majalah yang baru aku baca malam tadi. There's something good to share with bakal-bakal pengantin baru ni. tak rugi kalo korang put it in your mind:

  • PENTING tau! - Kalo korang buat akad nikah di masjid perlu bertudung litup dengan busana sopan. Berselendang separa dengan mengeluarkan jambul sikit? NO No no no.. Jangan lupa sila tanggalkan sepatu anda juge.
  • Cube tukar idea pemakaian tudung kepala keras(awning) +selendang dengan memilih fabrik satin lembut dengan lilitan kemas. Cantik dan menutup aurat juge tau, tryla!
  • Kalo korang ade memilih pereka pakaian pengantin sendiri,seeloknye tak payah bawak kain ela siap2.korang bagi je design yang korang nak dan kain yang macam mane..Biar pereka tu beli & jahit mengikut citarasa korang. takdelah membazir sebab takut nanti beli-beli kain ela sendiri tapi tak boleh dijahit mengikut design yang korang nak..tak ke membazir??

  • Elakkan memakai 'inner' jika pilih baju yang jarang. Sebaliknya rancang sebelum menempah/sewa. 'Inner' tu cam kurang cantik la.
  • Tak perlu beraksesori emas berlapis perak - cukup sekadar berantai halu,subang kecil lekap & bergelang ringkas - Simple is the best!
  • Sematan kerongsang pada kepala tudung atau dikepala bukan lagi trend. Tukar yang lain la plak ye
  • Make sure baju pengantin yang korang pilih tu disukai oleh pasangan & ibubapa. Yelah idea dorang pun perlu diambil kira jugak kan. Apart of your big day nanti!
  • Ramai yang berpendapat,perkakas kawin perlu berjenama sebab nak ade klas yg tersendiri. Yeke? takpayah nak ikut trend-trend orang, tepuk dada tanya selera. Tak perlu malu kalo tak mampu,asalkan cantik di luar dan dalam gambar nanti.
  • Tema warna. Masih lagi nak tema serupa dengan keluarga?? Elakkan, anda perlu menyerlah dari yang lain. Pilihan warna sedondon adalah tidak digalakkan.
  • Pilih kasut yang tidak sama dengan baju pengantin. Sebabnye? Cube padakan baju biru dengan kasut turqoise..mesti nampak cantik dalam gambar pengantin nanti..tak caye-CUBELAH!

SELAMAT PENGANTIN BARU untuk bakal-bakal pengantin di luar sana

Comments

Popular Posts