WARKAH SEORANG SAHABAT

Kepada sahabatku,

Aku terkilan membaca email yang ko hantar padaku pagi ini. mungkin ini bukan cara terbaik untuk aku membantu ko dalam menyelesaikan masalah yang ko sedang hadapi. Maafkan aku, cuma nasihat & kata2 semangat saje yang aku dapat berikan kepada ko dalam melayari hidup berkeluarga. Lumrah dunia,ada pasang surut dalam kehidupan. Inikan lidah lagi tergigit kan. Sabar ya!.

Aku cuba letakkan diri aku dalam situasi ko. Mengalir air mata ini tatkala membayangkan betapa janji ALLAh tu pasti. Yelah,setiap kegembiraan pasti ada kedukaannya kan. 

Ego seorang lelaki - memang susah untuk difahami oleh kita kaum hawa (si isteri esp.)

Apa itu ego? bahagiakah hidup kalo terlalu diikutkan jalannya..[Cup..cup..mungkin entri aku kali ni berbaur emosi.] Bukan nak menyalahkan sang adam tapi wajarkah kaum hawa diperlakukan seperti hamba. Honestly speaking aku bengang tatkala aku membaca email yang dikirimkan oleh seorang sahabat kepadaku. Susah sangatkah nak menghargai seorang bergelar ïsteri"..Marah?? Ya,memang aku marah!!

Aku sendiri pun tak faham beberapa perkara:-

1. Kenapa lelaki susah sangat nak memahami kehidupan seorang isteri - kami ni kene kemas rumah,masak,jaga anak, berkerja (bg yg bekerja)..aku 100% confident kalo diputarkan hidup seorang suami itu menjadi seorang isteri dalam masa sehari nescaya dia akan bersyukur kerana ditakdirkan menjadi lelaki (trust me)

2. Susah sangat nak terima pandangan kaum hawa. Seorang isteri kalo menegur & ambil berat pasal suami tu maknenye dia sangat sayangkan suaminya bukan busy-body. Kalo isteri tegur tu terima, jangan nak maki hamun balik. (ade paham?) - mengapa kalo suami tegur isteri-si isteri boleh take it positive but when it get into different situation - he can't accept it..is that call ego??

3. Jagalah perasaan isteri & keluarganya kerana wanita itu dijadikan sebagai pembantu pembimbing keluarga & pembimbing itu ialah sang suami. Belajarla menjadi suami yang baik. In sha Allah, buat baik akan dibalas baik.

Kepada sahabat aku kat luar tu,aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian. Percayalah ALLAH itu Maha Adil, Dia tidak akan menguji hambaNya diluar kemampuannya.. Yakinlah ALLAH sentiasa bersama hamba2Nya yang sabar. Amin.

Pesanan kepada sang suami/ kaum adam - SAYANGILAH ISTERI KAMU SEMENTARA DIA MENJADI MILIK KAMU, KERANA DIA HANYALAH PINJAMAN UNTUK KAMU DI DUNIA INI - KERANA LUMRAH MANUSIA AKAN SEDAR APABILA KITA SUDAH KEHILANGANNYA.

Ikhlas mendoakanmu,
Yuryati

Comments

Popular Posts