SELINGKUHNYA SEORANG SUAMI (3S)

Ape perasaan seorang isteri yang dicurangi suami?
- Marah, kecewa & putus asa

Kalau dia tak tahu dia dicurangi?
- Keadaan seperti biasa. Tapi penipuan akan berterusan.

Kesiankan, disaat2 rakan2 yang lain berdoa untuk ditemukan jodoh; ada jodoh yang sedang bergelut dengan tidaksefahaman. Aku sekadar berkongsi cerita isteri2 yang dicurangi & ditipu. Sang suami ni tak tahu bersyukur ke? Apa lagila kesempurnaan sang isteri yang dicari. Walaupun dah ramai zuriat yang keluar dari rahim si isteri, mengapa harus wujud perkataan 'selingkuh' ni.

Ya, memang aku marah!
Ya, memang aku rimas!
Ya, memang aku menyampah!
dengan golongan lelaki2 yang tak pernah kenal erti pengorbanan seorang isteri.

Apa lagi yang kau cari?
Apa yang tak cukup?
Kau nak yang macam mana lagi?

Insaflah wahai sang suami disaat hati si isteri  masih lagi lembut. Masih lagi tahu erti kesabaran & memaafkan. Disaat anak2 masih lagi dekat dengan kau. DAN jangan kau sesali seandainya wanita yang bergelar isteri ini sudah penat dengan semuanya. kerana. . . . dia akan pergi..pergi meneruskan hidupnya dengan anak2 sebagai penguat semangat.. pergi meninggalkan kau dengan kemaafan tapi satu ingatan yang tak akan lupus dek kerna perbuatanmu. Ketahuilah; Tangan yang mengayun buaian ini boleh menggoncang dunia.

p/s Bersabarlah wahai sahabat, dan berdoalah untuk yang terbaik..semoga imanmu masih seutuh Masjd Al-Aqsa..

Comments

Popular Posts