TERKADANG KALA

Terkadang aku lalai - sedarkan ku Ya Allah
Terkadang aku gembira - Ingatkan ku Ya Rabbi
Terkadang aku mengeluh - Ampunkan aku Ya Tuhan ku..

Tatkala hati dilanda sedih, tiada tempat nak ku luah.
Bila ku berkata terasa seperti menidakkan Qada'Qadar Tuhan.
Maafkan aku Ya Allah.
Seberat bahu memikul seberat itu hati ini menahan.
Kita teruji dek kelalaian sendiri atau mungkin kerana tuhan merindui kita.

Bukan mudah untuk mengubah orang, apatah lagi menasihati tunggul yang kian rapuh
Aku bukan sebagus yang dilihat atau diandai
Aku juga bukan pakar motivasi yang bagus menasihati
Diamku bukan bererti aku setuju
Rajuk ku bukan bererti aku melawan
Cuma sedikit ruang diperlu
untuk melepaskan lelah hati yang tak tertanggung
Fahami aku Ya Tuhan
Kuatkan aku Ya Allah
Lindungi aku dari segalanya Ya Rabbi.
Amin. . . . .

Comments

Popular Posts