PENGASUH A.K.A BABY SITTER

Tengok tak title kat atas nuuuu... Perkara yang nak dihighlightkan kat sini adelah "kalo nak cari penjaga untuk anak2 kite, haruslah cari yang beno2 boleh jaga".. Kalo nak ngomong fobia tu, memang fobia tapi orak iso buat opo2 sebab i have no choice (hah! lihat tak kejawaan & kemat sallehan disitu) **Please ignore the mixed and match words there**

Lepas habis cuti bersalin,rutin biasa kena start kerja. Aku memang dah cari baby sitter Putri sebulan awal (sediakan payung sebelum hujan katanya). Tempat memang startegik,dekat dengan pejabat, boleh ambil selepas pukul 6 dan dia jaga tak ramai budak- Putri dengan adam (2 orang sahaja). So, perasaan secured ada disitu pada mulanya.

2 Bulan Putri letak dibawah jagaan beliau, semuanya nampak ok pada mulanya. Kalau ada yang tercuti tu biasalah manusia biasa,kadangkala ada perkara yang perlu diselesaikan. Bagi kami takdela masalah sangat setakat ambil cuti sehari dua dalam sebulan sebab mak Ali boleh tolong jagakan Putri kejap sementara beliau cuti. Tapi peliknya terjadi bila dalam sebulan beliau akan ambil cuti dengan kerap..maksud aku dalam sebulan kalau dikumpulkan cutinya boleh cecah hampir 5 hari bersamaan seminggu lah kan.Alasan yang digunakan:
  • nak bawak anak check-up
  • nak pergi check up
  • nak balik kampung - musim buah
  • anak sedara nak kawin
  • nak pergi bercuti dengan anak2
Aku pun jadi pelik.memang normal ke orang yang jaga baby ni boleh ambil cuti sekerap tu? bayaran tetap sama takde diskaun okeyh dan bayaran yang dikenakan pada Putri RM400.. Pada kami memang mahal ( tap nak buat macam mana kan sebab itu je pilihan yang kami ada).

Bukan itu saja, Putri seumur 4 bulan telah diberi makan nasi lenyek bersama carrot..Sian anak aku,kadang2 cirit birit carrot aku tengok najis dia. dan paling tragis---->> dia letak putri dalam walker..(mana bolehkan) bila aku tegur ada jer jawapan selambanyer.

Situasi 1
"alah takpe,dulu anak akak pun akak bagi makan sebaya putri ni. tak banyak pun akak bagi"
"akak bagi nasi yang di'blender'ke?"
"takdela,nasi lenyek jer..carrot tu akak hiris halus2la..akak suap sikit2 jer"
"takdela kak,putri tu kadang2 malam dia batuk, saya takut dia tercekik jer. tak payahla kak bagi dia makan.susu dia kan ade..bagi susu je dah cukup saya rase"
"ala.. akak bg dia makan hari2..tiapkali akak suap adam,akak suap dia sekali.."

...dalam hati aku, rasa macam nak hantuk kepala kat dinding je..akak ni memang tak faham kut cakap aku..nak marah takut dia tersentap nanti Putri plak jadi mangsa kan...sabar dipraktik kan disitu......

Situasi 2
Petang tu aku ambil Putri.. Bagi salam, buka pintu tengok Putri dalam walker.

"eh! akak dia boleh letak dalam walker ke? kecil lagi kan..mana boleh"
"boleh..dulu anak akak,akak letak je..takpe akak ade jaga dia. Dia suka je main dalam tu"
"takdela badan dia kan lembik lagi..takut terseliuhke, terhantuk ke"
"takdela..akak ade tengok dia..kalo dia nangis2 akak letak dia dalam tu je"

....gulp!...tercekik air liur aku dengar cakap kakak ni..perasaan nak menghantuk kepala ke dinding datang lagi..Sabar masih lagi dipraktik kan disitu...

Lepas tu aku dan Ali mula mencari orang yang boleh jaga putri tanpa kekerapan cuti dan dengan penjagaan yang betul. Bukan kami mencari kesempurnaan tapi kami mencari yang terbaik untuk anak kami. Alhamdulillah akhirnya jumpa. Semoga Putri akan dijaga dengan baik disini (Taska Ummi An-Nur). In Shaa Allah..Amin...




Aku hanya sekadar berkongsi pengalaman sebagai seorang ibu. Kalau boleh carilah orang yang boleh jaga anak2 kita bukan saja macam anak sendiri tapi dengan cara yang betul.

Mother out there: Love your children, take a good care of them and always give them the BEST!

Love,
Mama Putra Putri

Comments

Popular Posts