PERJALANAN PULANG

Disinilah simpang siur yang aku lalui dua beranak seawal jam 0645. Bukan nak kemana pun,rutin harian pergi kerja dan Putri ke taska. Semenjak mak keluar dari hospital kami rajin juga berulang alik dari kampung kuantan ke sungai buloh..dan aku..akan terus ke pejabat BAM.

Dahulu highway latar ni takde.Sekarang macam-macam kemudahan kerajaan sudah sediakan. Tidak kiralah parti mana yang kita pilih,tetapi semangat semalaysia tu kita wajib pegang sampai bila-bila.

Bermula dari Kampung Kuantan menghala ke Bestari Jaya (dahulu dikenali Batang Berjuntai). Selepas Restoran Sarang Burung, korang akan nampak simpang Jalan Saga..Belok kanan masuk ke Jalan Saga. Jalannya agak tak rata,jadi korang akan rasa macam naik bot feri ke Pulau Tioman yang dilanda ombak..Teruskan perjalanan  sehingga hujung simpang. Belok ke kanan untuk masuk ke Highway LATAR.

Dari situ korang boleh keluar ke Kundang Tasik Biru, Rawang, Sungai Buloh, Selayang atau terus exit guthrie menghala ke Highway Plus untuk ke jalan Duta.

Mudah bukan?..
Hargailah kemudahan yang kita ada
Sayangi Nyawa anda juga.

Comments

Popular Posts