SI DIA DAN RUMAH SUBSALES

*********************************************************************************

CHAPTER 1


Pening kepala bila memikirkan harga rumah yang semakin mahal. Dilihat jam menunjukkan pukul 5 petang. "Baik aku google cari rumah kejap sementara nak menunggu habis waktu kerja ni".. Laju jari jemari Aisha menaip perkataan "HOUSE FOR SALE" di papan kekuncinya.. Nasib baiklah sekarang ni semua benda mudah macam mudah.my . Tinggal taip jer- zas! terus ada pilihan depan mata. Tapi kena pandai pilihlah dengan kesesuaian diri, jangan jadi "biar papa asal bergaya" mati tak makan ko nanti jadinya aisha. Tergelak sendiri aku bila sampai bab bercakap sendiri ni.

Tengah tangah dok sibuk scroll mouse atas meja, tiba-tiba jariki terhenti. Mata terpana pada satu rumah yang cantik dan kelihatan seperti baru. Cepat-cepat butiran maklumat dibaca;

Rumah untuk dijual!
Telah dicat semula, tiles dipasang ditingkat bawah & atas.
Toilet telah dibuat semula
Tinggal walk in pindah masuk
Harga RM195,000 
4 bilik 3 bilik air
Area Bandar Tasik Puteri - Rawang

Murah!!!!! Baik aku ambil nombor ni dan call. Mana tahu rezeki aku kan. Dengan pantas aku save nombor agent tu dalam telepon bimbit aku. En.Razib - ok save .

Oleh sebab perasan excited terlebih aku pun terus call nombor tadi. Ternyata jawapannya tidak menghampakan. Rumah tu masih belum ada pembeli - yeay! hati girang weyh..Mana taknya harga ni dah cukup wow! dah sebab zaman ni nak cari rumah teres bawah RM200k memang payah nau!. .

"Eh, yang ko senyum sorang-sorang napa aisha, gila dah buat report"

"Hihi..takdelah..ni ade orang nak jual rumah area rawang, murah weyh RM195,000 je. Mana nak cari dah harga cam tu zaman ni. Cuba ko tengok rumah dia,siap dicat balik dan pasang tiles atas bawah. Tak ke just cuci kaki je namanye nanti"

"Yelah weyh, murah nau ni. Cuba la ko tengok, mana tau rezki ko,dapat duduk rumah sendiri nanti kan..siap berjiran lagi dengan haku"

"Itulah aku dah call dah agent tu, dia cakap takde orang beli lagi. So ni tinggal nak arrange nak tengok rumah jer. Minta-minta ade rezki aku kan. amin"

*******************************************************************************

CHAPTER 2

Cuba telefonlah, mana tau ada rezeki aku kan. Tut...tut...tut... Hello.....
"Hello, en razib ye. Saya ada baca iklan rumah untuk dijual 'post' by EnRazib dalam mudah.my. Dah ada pembelikah rumah tu?"
"Belum lagi.. Puan berminat ke?"
"Ye. Ok, nanti saya contact encik balik untuk set kan masa untuk tengok rumah ya."

Alhamdulillah..mungkin rezki kami dengan rumah ini. Kalau difikirkan balik pengalaman tengok rumah yang hendak dijual oleh owner rumah ni macam-macam. Ada yang tak sama macam yang dipost dalam gambar. Tapi itu perkara biasa, kita sebagai pembeli harus bijak!.

Setelah tarikh dan masa telah ditetapkan. . .

"Encik kat mana, saya dah sampai depan rumah ni. Janji pukul 4.00 kan"
"dah sampai ya, ok-ok tunggu saya on the way. Lagi 15 minit saya sampai. Kenapa tak call saya masa nak gerak ke sana tadi?"
"Eh, kan kita dah set nak jumpa pukul 4ptg depan rumah tu" Apahal pulak agen ni, cakap pusing-pusing pulak. Kalau sudah janji, ikutla kan takkan aku nak keluar rumah pun nak bagitau kau. Menyampah pulak aku dengan agen ni tiba-tiba.
Ok. hampir sejam aku tunggu. batang hidung dia tak muncul-muncul. Aku dah hampir give up nak tunggu. 
"Encik kat mana, dah sejam saya tunggu ni. Jadi ke tak, kalau tak saya balik dululah."
"dah nak sampai dah. tunggu kejap"
"tadi kata 15 minit, ni dah dekat sejam saya tunggu. encik ni dari mana sebenarnya, takkan lama sangat on the way nya"
"saya dari cheras, tadi baru keluar rumah. saya ingat puan tak jadi tengok rumah"
"kan saya dah janji nak tengokrumah harini, takkan encik lupa. kita dah janji kan takkan encik tak ingat. dah sejam saya tunggu. tadi kenapa tak cakap kat cheras. kalau lambat lagi saya gerak balik la. saya ada hal lain."
"ok, saya dh sampai simpang".

Perasaan tengok rumah dalam keadaan mood bengang memang tak syok. tengok muka agen yang tak ade etika ni lagilah potong mood. Nasib rumah tu suami aku berkenan. so, kitorangjadi ambil rumah tu dan segala process bayar deposit akan ditetapkan tarikhnya kelak.

muka agen tu memang tak semenggah. dahlah janji tapi boleh ambil acuh tak acuh. aku pun tak faham ada juga agen macam gini (bad mood) .

"Aisha, macam mana rumah tu, ok tak?"
"ok, tapi agen tu aku macam tak berkenan sikit. pemalas, tak punctual, aku rasa ni jenis agen yang nak kejar komisyen je. menyampah pulak aku bila teringat muka dia tu"
"biasalah, agen ni memang macam-macam ragam ko akan jumpa. kalau dapat yang ok, rezeki ko lah. tapi kalau dapat yang haram, memang nasib ko lah kena mengadap sampai selesai semuanya. bersabarla ya. kalau kau perlukan apa-apa bagitahu aku la ya. kalau aku boleh tolong, aku tolong"

begitulah bagusnya mempunyai kawan yang baik dan ringan tulang. selalu positif dan fikir segala masalah ada jalan penyelesaiannya. dan aku akan berusaha untuk dapatkan kami.

Insha Allah segalanya akan selesai dengan mudah. amin .

Rumah double story
Bandar Tasik puteri
RM190,000 after nego
murah kan? (mood happy)

*********************************************************************************

Comments

Popular Posts