MARAH



Semua manusia ada perasaan MARAH. Bezanya diantara mereka itu cara mereka menzahirkannya. Aku pun tak lari merasa rasa itu.

MARAH. seakan-akan benci kepada muak. bukan tak lali tapi hampir tak mengerti kenapa dia jadi begitu. Benarlah tikar sembahyang yang disentuh dahi mereka belum tentu boleh memutihkan hati yang kelabu. Tidak mahu aku katakan hati mereka itu hitam, kerna mungkin amalan yang dilakukan hampir menjernihkan hati mereka.

*********************************************************************************

Telah kau bawa segala yang ku punya
terbuang bersama sisa rezki itu
hasil keringat hari-hariku
dari masa yang kucuri untuk anak-anak ku
dari masa yang ku ambil untuk ibu ayahku
tergamak kan kau perlaku begitu

lihatlah betapa angkuhnya manusia sekarang
merasa diri agung bak raja
riak diri menutup segala sabar
rezki menjadi taruhan
syaitan ketawa
nasi menangis
hatiku merintih

sabarlah wahai hati
imanmu diuji lagi
biarkan airmata mu mengalir
mengubati hati yang lara
biarkan tawa riang anak-anak mu 
menjadi penawar bibir yang hilang senyumnya
sabarlah
Tuhan masih menyayangimu
mungkin lebih sayang dari yang lain
maka.... bertabahlah wahai hati.

*******************************************************************************



Comments

Popular Posts