R.I.N.D.U

Kisah lalu telah berlalu
Namun ia sesuatu yang tertulis dalam helaian hidup
bila dibaca rasa rindu itu pasti ada
Rasa benci, marah & dendam itu dulunya ada
Namun takdir telah tentukan
kau dan aku ada ceritanya

Hanya sepatah kata membawa aku kembali teringat ke zaman itu
Kita berkawan, ketawa, gaduh & gurau senda bersama
Tak sangka memori itu membuat aku tersengih sendiri
Terima Kasih untuk memori itu

Kini
dari hati ikhlasnya kau ku maafkan
untuk segala air mata yang mengalir
Untuk hati pernah kecewa
dan untuk rindu yang pernah singgah

Terima kasih untuk waktu dulu.
Mungkin kerana sebahagian waktu itu aku menjadi apa yang aku kini.

Al Fatihah.

Comments

Popular Posts