WARIS

Untuk hati-hati yang tenang
Tatkala menatap satu persatu waris diri
Ada impian aku yang punya
Nak diluah tiada yang mendengar
Nak ditangisi tapi tidak berdaya
Mungkin juga kerana waris-waris itu.

Lelah - Bisu - Pendam - Luka
Ada yang tahu ke?
Ada yang ambil peduli
Entah tidak ku fahami
Mengapa rasa putus asa itu hampir ada
Mengapa aku mesti tewas
Walhal selama ini kuat aku perjuangkan
Rasa hebat seorang ibu
Perkasanya wanita itu
Tabahnya hati seorang perempuan
Mungkin juga kerana waris-waris itu.

Adakah aku perlu luahkan
Marah? Menangis? Ketawa?
Bagaimana caranya?
Depresi, adakah dia sudah menetap
Kini dalam diri
Atau sudah memang ia lama ada
Cuma aku menidakkan
Mungkin juga kerana waris-waris itu.

Melihat tiada perubahan yang ketara
Masih dia begitu
Masih dia disitu
Berganjak seinci bukan seperti yang kuharap
Aku rindu ayah
Rindu emak
Rindu kehidupan kanak-kanak ku
Aku mahu warisku merasa seperti bagaimana gembiranya aku dulu
Ya! kami memang miskin harta
tapi kami bahagia dan tidak ku lupa
betapa hari-hari ku - duduk di tingkap bilik
Bicara dengan Tuhan
Aku rasa bahagia,dan ingin punya pasangan sama seperti ayah
Punya keluarga yang sama
Rasa bahagia yang sama

Bukan aku tidak bahagia
Tapi cuma aku lelah
Seperti aku saja pejuang kesatria bahagia
dan dia
sama, begitu. . .









Comments

Popular Posts