Ayah

Pernah meredah panas dan hujan untuk sesuap nasi 
Kadang marah, bebelannya merimaskan, terpalit dihati
Tapi dia tetap seorang ayah 
Suami kepada mak.

Ambil kisahnya memang jarang dapat dikesan
Tapi mudah nampak, dirasa.

Selepas pemergian mak ke alam abadi
Berbeza benar kehidupan seharian
Berbeza segalanya
Tak disalahkan jika pengganti mak hadir datang
Cuma tidak terfikir secepat ini.

Jika ditanya padaku, jawapanku - mengarut
Orang boleh kata aku anak derhaka
Tidak memikirkan soal kehidupan ayah 
Buat apa harini? Dah makan ke? Sakit, penat segala. .

Anak-anak itu sentiasa ada
tidak pernah hilang kemana
Wujud didepan mata tapi dijaja tiada bersama
Tapi kami cuma anak
Tiada apa yang nak dibalah
Ye, tak ada yang ditahu
tak faham apa yang dirasa
Seolah yang rasa kehilangan itu cuma dia.

Siapa aku nak menidakkan ketentuan Tuhan
Kan jodoh itu ditanganNya
Tapi adakah kena pada caranya?
Kata-kata ini bunyinya luka
Jujur itu utama
Ku tak mahu ralat dikemudian nanti
Biar diluah untuk difikirin
Yang baru tidak akan dapat menggantikan yang lama
Tidak pernah akan
Ku tak membantah
Akak redho yah
Semoga yang datang nanti kan baik-baik saja 

Akak masih ingat pesan mak
"walau apa pun dia tetap ayah"
Masih pegang pada itu
Selama mana mak diingatan.
Ia mengalir lagi
Air mata rindu. . . .

Comments

Popular Posts