KAHWIN: BUNGA TANGAN

Jambangan bunga yang korang pegang sewaktu melangkah sama penting dengan busana kahwin yang dipakai. Tidak sempurna langkahmu jika tanpanya!

Kat sini ade sedikit tips untuk bakal-bakal pengantin dalam memilih bunga apa yang bakal dipilih untuk majlis persandingan korang nanti..check it out uols!

1. Mula-mula 'makesure' gubahan bunga tak lari dari konsep majlis. Tak kisahla rasmi,semi-rasmi atau santai.

2. Biasanya bunga untuk majlis rasmi lebih besar dan untuk majlis santai lebih senang dengan gubahan ringkas dan kecil

3. Busana yang digayakan juga mempengaruhi bentuk gubahan bunga tangan korang nanti. Jika gaun korang meleret labuhnya-gubahan bunga harusla besar & penuh.

4. Bentuk badan korang pon ade sedikit sebanyak mempengaruhi gubahan bunga tangan. Untuk wanita yang tinggi sesuai dengan gubahan yang memanjang ke bawah & yang bertubuh kecil molek lebih sajak dengan gubahan padat & membulat.

5. Pilihan bungan juga penting sebab setiap bunga membawa maksud tertentu. Bunga mawar 'of course' pilihan ramai sebab membawa maksud penuh dengan erti cinta. Bunga ivy pula ertinya kesetiaan dan bunga iris - keghairahan.So,pilih betul-betul tau..hehehe

6. Berikan sentuhan peribadi pada bunga tangan seperti dengan menghiasnya dengan kerongsang yang diturukan oleh nenek moyang atau ibu korang (barula ade "feel" sentimental sikit)

7. Macam biasa selalunya pilihan bakal-bakal pengantin ni sememangnye bunga segar tapi tak salah jika korang lebih suke pada bunga-bunga 'artificial' kerana kadang-kadang bunga 'artificial' ni lebih nampak cantik dalam gambar kahwin.

"BUNGA BUKAN SEKUNTUM, KUMBANG BUKAN SEEKOR"

Comments

Popular Posts