LISTING FOR YOUR WEDDING DAY

7 HARI LAGI NAK KAWIN..NERVOUSKAN ?

Rileks la weyh.chill okeyh..nothing impossible..eceh,cara gaya aku tulis macam aku ni pro je but experience is the best teacher kan. Aku pon pernah melalui zaman kegemilangan tu.Ceh wah zaman kegemilangan katanye ^_^

Nervous,cuak,menggalabah dan seangkatan dengannya memang akan dirasai oleh semua bakal pengantin ni. Bagai aur dengan tebing;perasaan tu memang tak boleh lari dari bakal-bakal raja sehari especially dan nak dekat-dekat hari bahagia tu. So, untuk mengelakkan korang tak rasa nak gelabah sangat,ni aku listkan senarai-senarai yang korang PATUT semak & put in note menjelang your big day!

1. Jumpa doktor sekiranya berlaku sebarang tanda kecil penyakit (kalo demam,mood nak bersanding pon dh hilang kan)

2. Fitting baju sekali lagi dan tentukan lengkap dengan aksesori (mane tahu korang semakin kuruske)

3. Semak senarai tetamu sebelah korang

4. Semak senarai tetamu sebelah pasangan korang pula

5. Pastikan busana pengapit korang sedia &' ngam'

6. Temui perancang perkahwinan untuk memastikan majlis semua yang dirancang berjalan lancar nanti (kalau korang guna perancang perkahwinanla ye)

7. Menyusun/menyemak dokumen penting,surat nikah contohnye

8. Hubungi katerer bagi memastikan tiada menu makanan yang tertinggal termasuk pemanis mulut (bestnye de kalo ade candy bar kan)

9. Hubungi makandam mengingatkan sekali lagi tarikh majlis korang. Kalau tiba-tiba ade alahan pada kulit bagitau pada mereka juga (normally they have the solution to make u always look beautiful. That's the power of make up)

10. Tentukan semua 'goodies' untuk tetamu dah siap!

11. Bilik tidur berhias cantik (ini penting..hehe)

12. Jurunikah kene remind juga

13. Pastikan pengapit/dayang-dayang dalam keadaan sihat supaya takde 'last minute change' (jika ada)

14. Terutama untuk yang bersanding di kampung, korang kene standby dengan plan B kalo perkara yang tak diingini berlaku. Contohnye banjir, hujan lebat

15. Tenangkan diri dan elakkan berfikir perkara-perkara yang boleh buat korang stress



" WELCOME TO MARRIED LIFE "

Comments

Popular Posts