TRUE STORY FROM GAZA

Di hujung-hujung tahun dah banyak cerita kita dengar & baca pasal GAZA, PALESTIN.. Kalo tengok dalam suratkhabar, internet memang macam-macam gambar ada..some of them touch my heart.. My prayers will always with them In Sha Allah.. Kat sini aku nak share dengan korang a fews story (true story fresh from GAZA)..some interesting that i read from blog saudara ni aku-mcjay.blogspot.com

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman yang telah pergi ke Gaza. Kat sini ade beberapa kisah benar & pengalaman beliau sendiri :-

KISAH 1

Seorang ketua Mujahid Gaza berkata kepada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menebak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata itu menembak ke arah kereta kebal tu dengan sendiri dan memusnahkannya. Komander tu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang tu berkata mereka tidak lakukannya, ianya bergerak & menembak dengan sendirinya. Setelah habis adegan aneh tu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan !

Siapa yang menembak tentera laknatullah tu??? ALLAHU AKHBAR!

KISAH 2

Temuraman bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangkan uniform pejuang Hamas berwarna hijau!

Siapakah mereka??

KISAH 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka & mereka tidak tahu siapakah yang melakukannya.

KISAH 4

Peluru berpandu yang pertama dilancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu tentera mereka sendiri apabila ia berpatah balik. ALLAHU AKHBAR!!!

KISAH 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan,tiba-tina salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkannya. dan roket itu mengenai sasaran di Israel!

KISAH 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata "Wahai Rasulullah, kemana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza!". Masya Allah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza, dimanakah kita?


SENTIASA BETULKAN NAWAITU KITA, SEMOGA TIAP APA YANG KITA LAKUKAN HANYALAH KERANA ALLAH SWT.. PERCAYALAH JANJI ALLAH SWT ITU BENAR - KUN FA YA KUN

Comments

  1. Sentiasa mendoakan saudara2 kita disana. ISLAM ITU INDAH

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts