PELUANG ITU DARI ALLAH SWT

Kita ni belum cukup lagi diuji

Persoalan yang selalu bermain-main dalam fikiran kita tatkala kita diujikan. Itulah manusia ni diuji dengan macam-macam cara. Bermonolog dengan diri sendiri bukan untuk dilihat diri tu gila tapi ini salah satu terapi untuk diri. Tak percaya? Korang kena cuba!.

Aku sekadar untuk berkongsi satu cerita dari sahabat aku yang hidupnya diuji melalui pasangan hidupnya. Mempunyai anak-anak yang sedang membesar memang penuh cabaran. Hendak itulah, hendak inilah, mana letih balik kerja, nak urus makan anak-anak, kemas rumah, basuh kain dan macam-macam senarai 'to do list' yang kena dia tick setiap hari. Sebagai seorang wanita yang berkerjaya, aku pandang dia like superwoman. Berjaya dalam kerjaya dan dalam keluarga. Perfect life untuk umur-umur macam kami.
Tapi satu cerita yang akhirnya dikongsi dengan aku pada suatu hari betul-betul mengubah cara aku melihat kehidupan dia selama ini. Dia seorang sahabat yang ada tangisan dalam ketawanya, yang ada keluhan dalam lawaknya, dan ada sendu yang ditahan dalam dirinya.

"Aku buat ini semua untuk nampak aku kuat dan ok depan anak-anak dan mak ayah aku". 

Ya Rabbi, Betapa hebatnya seorang ibu itu. Mampu menahan apa yang ditanggungnya hampir sedekad.

Niat aku cuma untuk berkongsi.
untuk dijadikan iktibar dan rujukan
Pandangan dan Nasihat pada yang mungkin mengalami nasib yang sama.

Mempunyai suami yang baik, rajin menolong dan amat sayangkan anak-anak - itulah suaminya dimata aku. Seriuos, dia memang begitu orangnya. Cuma aku agakkan kerana salah pilih kawan dia jadi begitu.

DADAH

5 huruf ini telah meragut kebahagiaan sahabat aku yang aku lihat selama ini bahagia dan gembira. Kenapa, mengapa dan bila, sengapa aku tak tanya. Takut hatinya akan bertambah luka, Aku biarkan dia meluahkan apa yang dia simpang begitu lama. Kenapa pada aku? Entah aku pun tak tahu. Mungkin Allah telah temukan aku dengan dia, dan aku telah dipilih sebagai penenang dan penasihat jiwanya. dan mungkin kerana aku juga seorang ibu dan isteri.

Apa yang aku boleh rumuskan disini. Jangan dipandang hina suami itu kerana kesalahannya yang lampau. Andai dia nekad untuk berubah, bantulah dia. Sedarkan dia bahawa isteri dan anak-anak itu lebih bermakna dalam hidup dari rakan-rakan yang cuba merosakkan dia. Kawan boleh dicari tapi keluarga kalau sudah hilang sukar diganti.

Susah untuk melupakan? Ya! memang..Kita wanita memang mudah memaafkan tapi tidak melupakan. Tapi kita ada Tuhan kan. Kenapa perlu menghukum walhal Ø§َللّٰÙ‡ُ Ø£َÙƒْبَر 

Cuba bantu suami untuk berubah, kongsi masalah dengan ibu bapa dan adik beradik si suami  kerana mungkin mereka lebih tahu sejarah lampau suami kita kan.
Tukar nombor telepon dan nasihatla setiap hari (secara lembut) "Berubahla bang untuk anak-anak. Mungkin tahun ini kita bersama, tahun depan tak tahu lagi Allah izin atau tidak. kenapa nak bazirkan masa untuk benda-benda yang lagho macam ni. Tak ramai kawan yang suka tengok kita bahagia."

Percayalah, Ø§Ù„Ù„ّٰÙ‡ itu ada
Semangat seorang wanita, ibu & isteri itu memang luar biasa
Doa orang yang teraniaya sentiasa dalam kabulan Tuhan.

Jangan risau sahabat,
Kau masih punya aku
diutus Tuhan sebagai sebahagian dari penenang mungkin
Atau sebagai penyumbang doa untuk kau yang ku lihat sangat tabah

Percaya
satu hari nanti, doa kau PASTI dimakbulkan
bukan satu tapi mungkin beribu doa yg telah dipanjatkan
Nasib kau akan berubah
dan bahagia itu akan jadi punya mu

Tapi untuk ketika ini
Kesabaran kau amat diperlukan
Keimanan kau perlu kukuh
Kepercayaan kau perlu utuh
dan doa yang tidak pernah putus.

اللّٰÙ‡ menyayangi kau sahabat
dan kerana itu kau diuji
kerana dia rindu mendengari suara doa-doamu setiap hari padaNya.

Percayalah
اللّٰÙ‡ itu ada
dan janjiNya itu PASTI.
Tak pernah lambat atau cepat
tepat pada masanya.

sementara itu,
kau masih ada aku.
Dan doa aku.

Image may contain: Yuryati Mohd Yatim, smiling

Comments

Popular Posts