A BLOG TO REMEMBER . .
Oleh sebab kat opis aku tak boleh online 'pesbuk' so aku terfikir nak online friendster..satu laman sesawang yang aku ada dan disitulah bermulanya aku menceburi zaman-zaman kawan alam maya ni...bukan takat tu je,boleh juga jumpe kwn-kwn lama yang kadang-kadang kita pun tak terfikir dapat keep in touch balik..thanks to "sosial network"...tiba-tiba tengah aku view page friendster aku,aku perasan yang dulu aku ade blog dalm yahoo 360..so ---> click..maka terjumpalah memori zaman penulisan masa lalu..aku pun copy & paste dlm blog ni untuk menjadi 'penyambung warisan' agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas..
Hari-hari yang aku lalui kadang-kadang ku rasa macam tiada esok atau semalam..semuanya bagaikan sama saja. Terasa tubuh ini seperti tidak bernyawa tapi nadi berdenyut..apakah aku sedang menyalahkan takdir? siuman lagi ke aku ni?..Sehinggalah di suatu hari, aku nekad untuk kuatkan semangat tanpa cinta seorang lelaki..Pagi itu,aku memandu seperti biasa ke pejabat.sengaja ku pasang lagu yang berkumandang di radio tu dengan kuat..bibir mulus ni rancak menyanyikan bait-bait lagu..Kekadang ku pandang kereta disebelah,kalau nasib kurang baik,jadi bahan gelakla aku pagi-pagi ni..mana taknya,melalak bagai nak 'rak' sorang-sorang dalam kereta..beriya macam suara sedap.."hah! aku peduli hape..ade aku kisah!" bentak hatiku..
Mungkin telah ditakdirkan Illahi, episod baru dalam hidupku bermula pada hari itu..segalanya bermula dari sebuah senyuman yang aku terima ketika bermain badminton petang itu...
FORGET
Forget his name, forget his face, forget his kiss and warm embrace.
Forget the love that you once knew, he loves someone but it’s not you
Forget the love that you once shared, forget the face that knew you cared
Forget the times you spent together, remember now he’s gone forever
Forget him when they play your song, forget you cried the whole night long
Forget how close you two once were, remember now he’s close to her
Forget the thrill when he walked by, forget the times he made you cry
Forget the way he spoke your name, remember things aren’t the same
Forget the way he held your hand, forget the sweet things if you can
Forget he said that he would wait, remember now his love is hate
Forget the times that went too fast, forget his love that now is past
Forget he said he’d leave you never, remember now he’s gone forever
Forget you memorized the way he walked, forget you memorized the way he talked
Forget the things he used to say, remember now he’s gone away
Forget the way he used the phone, forget the nights you were alone
Forget that he was your whole world, remember he loves another girl
Forget his gentle, teasing way, forget you saw him yesterday
Forget the things you used to do, remember now she loves him too
(17 september 2008)
if i love someone
would he love me like i do
if the stars shine in day light
would the shine can be seen
if ave a day for me tomorrow
would i'm be more happier than today..
only da one who will always know
what the truth will go on..
if i ave a day for tomorrow..
(27 June 2007)
aku jugak ade bakat mengarang cerpen tau..bile baca balik aku pun boleh jadi "fan" kepada diri aku sendiri..next time kalo ada masa aku akan sambung cerpen ni..
MULANYA DISINI
CHAPTER 1
Bisakah yang dibenci disayangi
Bisakah yang dusta dimaafi
Bisakah yang terindah dicintai
walauku himpunkan sesalku bisakah terbuka kalbu..
..kebingitan bunyi bas yang memecah suasana menjadi halwa telinga penumpang yang menaikinya..aku khusyuk mengamati lirik lagu siti..bisakah yang dusta dimaafi...mengimbau aku tentang kehidupan silam...andai ku bisa putarkan waktu..bukan begini aku jadinya..kekesalan singgah di benak jiwaku...maafkan aku umi...aku tak mampu untuk jelaskan semuanya..aku tak sanggup kau mengetahui hakikat sebenar...mengapa aku yang dipilih untuk semua ini...
.."woit,nis kemane??".."melepak...ke sekolah ler tak kan jadi kutu macam ko..ko bolehlah..nak sepuluh ringgit tinggal tadah tangan jer kat mak ko kan'..balasku..merah muka Hanif bila mendengar perlian aku..dengan muka selamba aku jalan dihadapannya..sengaja ku langgar bahunya untuk menambah berangnya.."aku bengang betul dengan minah sorang nih,belagak nak mampus..nasib baik cun..orang lain 'dok' terhegeh2 nak rapat dengan aku,tapi dia ni..pelikla aku..tapi ni barulah ada challenge namanya..selalunya benda2 yang susah nak dapat ni lebih berharga..betul tak yob?..""a'ah betul lah tu..tapi aku nengok ko dah macam muka tembok..orang lain sampai perasan yang ko tu tergila2kan anis tu..kalo aku tengoklah kan,dia tu tak de lah cun sangat,ada lagi yang lebih cun dari dia..tapi asal ar ko kejar dia sangat...?".."meh,story kat aku sket"tanya Ayob.."nantilah aku cerita kat ko..jum gerak gi sekolah jum.."
Nur AnisNia!!!.."saya cikugu..alahai kenapalah nama aku pulak yang disebut awal2..suspen nih..."berdebar2 pulak jantung aku ni tiba2.."tahniah.."bisik cikgu padaku..98%..wow!!!bestnyer..."ok pelajar semua..cikgu sudah agih2kan keputusan kertas jawapan peperiksaan pertengahan tahun pada kamu semua..kepada yang dapat markah cemerlang,tahniah.. dan kepada yang dapat markah 50% ke bawah..selepas kelas sila tunggu,cikgu nak bagi hadiah.."aduh,kena kemas kelas lagilah aku kali ni"..bisik hanif.."fuh,terornya minah tu..98%.."hanif mengintai markah kertas anis yang terselit dibawah buku notanya.."tapi dia ni memang rajin..tak heranlah aku".."ok pelajar semua..mulakan tugas anda ye..cepat siap cepatlah kamu semua balik..."keja rajin2 yek cik abang hensem..eh,hensemker???hahahhaa.."tergelak aku dan kawan2ku melihat gelagat Hanif dengan kawan2nya yang terbongkok2 menyapu sampah dibawah meja..lalu kami pun berlalu pulang berjalan kaki menuju ke arah perhentian bas yang mengambil masa kira2 15 minit berjalan kaki.."esok tunggu aku ye kat tempat biasa"..jeritku sambil berhimpit2 di dalam bas yang sesak macam ikan sardin..
Rutin pagiku sama macam orang lain.oleh sebab aku sekolah seisi petang,jadi disebelah pagi aku banyak menghabiskan masa menolong ibuku pergi menoreh getah."Mak selalu pegi pagi-pagi buta tak de jumpa apa-apa ke..hantuke,monyetke,babi hutanke.."sengaja ku membuka cerita sambil menggaru-garu kakiku yang digigit nyamuk."macam-macam,apa akak nak,babi hutan tu kadang-kadang siap melintas buat catwalk depan mak..tapi kadang-kadang tu seram gak dibuatnya..tapi mak kalau nak pergi awal2 pagi macam ayah ko tu tidaklah..bercinta.seram bulu roma mak dibuatnya..penah dulu tengah-tengah menoreh tiba-tiba bau bunga kubur tu.mak tawakal jelah"sengih mak ku cukup aku fahami..sudah menjadi lumrah hidup menoreh ni macam-macam pengalaman kita akan jumpe..aku???jangan cakapler..penah gak kene sekali...seram beb!!..selepas selesai semuanya kami pun pulang berbasikal bersama..seronok naik basikal ni especially dengan mak..ada je yang nak dibualkan..bual-bual kosong anak beranak..
"mak akak pergi dulu"aku keluar selepas mencium pipi ibuku..harap-harap aku naik bas sama dengan dia hari ni..nasib baiklah..baru sebut dah lalu dah..aku ni boleh dikatakan ramai peminat gak..tapi entah kenapa aku suka meng'usha' abang jiran sebelah..dia??sebaya abangku,seorang yang pendiam,rajin,dan yang paling penting dia disukai oleh ayahku.."baik budak tu kalo nak dibandingkan dengan adik dia yang sebaya ko tu kak".."ayah nak ke dia jadi menantu,kalo nak akak ngurat dia ye"selorohku.."jangan nak gatal,makan pun ayah bagi lagi ada hati nak kawin.."jawab ayahku sambil menghirup teh kegemarannya..
Dalam sedar tidak sedar,masa berlalu begitu pantas..meninggalkan sesiapa sahaja yang masih lagi lena dalam lamunan..'wei jaja,nanti kalau kau sudah dapat tawaran sambung di mana-mana kau jangan lost contact dengan aku ye..susah aku nak jumpa lagi kawan macam kau jaja..'tanpa ku sedar airmata ku mengalir di pipi.'kau pun sama nis,kau kena sabar walau apa aja dugaan yang datang nanti.kemana pun kita pergi..jangan lupa kau tetap ada aku dan aku tetap ada engkau..promise'..sambil jaja menghulurkan jari kelengkingnya sebagai tanda perjanjian mereka..aku akan merindui zaman ini suatu hari nanti..aku yakin itu..detik hatiku........disini bermula segala-galanya...
CHAPTER 2
10 January 2002...
Tarikh dimana hidupku mula berubah sedikit demi sedikit..satu permulaan yang baik bagiku buat setakat yang ku nampak..'minta-minta dapatler,Bismillah..'sampul yang 2 minit tadi berada di tanganku meluncur masuk ke dalam peti surat.'kalau aku dapat bermakna harapan aku hendak merubah hidupku mungkin cerah'detik hatiku..memang dari dulu aku memasang harapan hendak sambung belajar sampai ke tahap yang aku mampu untuk capai..kemudian merubah hidup keluargaku,pandangan orang pada kami dan membalas apa aja tomahan,tanggapan yang telah orang lemparkan pada keluargaku..niatku bukan untuk membalas sama seperti cara mereka tapi aku punyai cara aku tersendiri..tunggu dan lihatlah..
sebulan selepas habis sekolah aku cari keje part time dengan ayin..keluarga angkatku..dia sebaya denganku..kami telah cuba kat semua kedai-kedai kawasan Kuala Selangor tapi semuanya hampa..tiba-tiba mataku terpandang pada papan tanda 'De Palma Inn'.."yin,jum cuba kat situ.."jariku menunding ke arah papan tanda tadi..'tak kisahler,set jer"..ringkas ayin jawab.Jarak perjalanan dari rumah ayin mengambil masa kira-kira 15 minit..berpeluh-peluh gak dibuatnya..
'Erm,boleh saya tumpang tanya,kat sini ada jawatan kosong tak?.'berdegup-degup jantungku..takut!!!first time tu pengalaman minta kerja..'tunggu sebentar ye..En.Malik ada orang nak jumpa..sila lah duduk dulu kat sana'..'aiii sopannyer lah mamat ni..muka pun boleh tahan,hikhik..'sempat lagi otak ku ni menggatal..
CHAPTER 3
"Nis..tolong lap sudu-sudu tu bleh tak?"..eh! minah ni senang-senang jer menyuruh aku..ingat dia bos ke ape..pastu terus pegi menggatal duduk kat si Amran tu berborak-borak..bengangnyer aku...nak tak nak aku kenalah buat kalo tak tak pasal-pasal aku yang kene marah nanti..ayin-ayin,bila lah ko nak berubah..nasib ko cantik..aku sedar aku tak lah cun sangat tapi aku tahu aku dapat membahagiakan jodohku suatu hari nanti..benda-benda macam ini tidak perlu dicari..dia akan datang dengan sendiri..dan waktu itu hanya aku dan dia tahu kami ditakdirkan untuk bersama..cewah!!!emosi pulak..hikhik..
Alhamdulillah,berbekal duit part time ku, dapatler saving untuk sambung belajar nanti..Pucuk dicita ulam mendatang..lepas balik dari kerja aku melencong ke kedai untuk tengok-tengok mana tau ada surat tawaran untuk aku ker..bestnye!!!!Universiti Teknologi Mara..masa itu aku tak tahu nak gambarkan perasaan aku macam mane..gembira itu sudah tentu..tapi...
"mak,anis dapat tawaran belajar kat uitm.tapi kan mak..erm,dekat Sarawaklah.rasanye ayah bagi tak??masih lagi kedengaran 'excited' suaraku bercerita."jauhnyer kak.entahlah mak tak berani nak cakap.banyak belanjanya tu"..tiba-tiba hati aku disinggahi kerisauan..macam mane ye kalo ayah tak izinkan pergi sane..ape akan jadi dengan impian aku..minta-minta ayah izinkan..
Di sebelah malam,di anjung rumah perlahan-lahan aku menghampiri ayah untuk menunjukan surat tawaran yang aku dapat.nak buat 'suprise' la kononnya..aku sangkakan aku orang yang pertama memberitahu mengenai hal itu tapi rupa-rupanya..mak lebih advance dalam hal-hal ini..memang tidak dinafikan antara mak dan ayah tiada rahsia antara mereka..apa yang sampai pada mak akan sampai pada ayah jugak..jadi kami adik beradik tak bolehlari dari kena marah dengan ayah kalau kami ada buat salah..kununnyer nak cover mistake lah.cerita kat mak,sudahnyer kene jugak dengan ayah..perkara itu memang sudah lali bagi kami adik beradik.."akak,kalau minta dekat sikit tak bolehke?..ayah rasa jauh sangatlah..takde duit nak tampung kos-kos perbelanjaan itu semua".."erm.tapi kan yah,akak dapat advance pinjaman,takpe akak boleh gune duit tu dulu..pasal yuran setiap semester ayah tak payahler risau..akakpun bukannyer guna sangat pun duit pinjaman tu..akak boleh guna bayar yuran semester,tambang kapal terbang dan apa-apa yang akak nak beli untuk kegunaan kat sana nanti..pasal tu semua akak dah budget awal-awal dah.ayah tak payahler risau ye."jawabku..harap-harap ayah setuju.."ayah rasa akak trylah apply mana-mana dulu.yang ini tak payah pergilah ye.""tapi yah.....""takde tapi-tapi..mana nak cari duit nak beli barang-barang kak..kita bukan orang senang.ayah cakap tak payah..tak payah"..nada suara ayah tiba-tiba berubah.aku terpaksa akur dengan kata-kata ayah..kata-kata pedih yang menghapuskan segala harapan aku.apakan daya ku..aku cuma seorang anak..
Entah kenapa,masa silamku menerjah di dalam ingatanku.membuka kembali helaian sejarah hidupku..aku bukanlah dari golongan keluarga yang senang..kami pernah cuma makan nasi berlauk kicap pada suatu masa dulu..hidup menumpang di rumah nenek yang kurang menyenangi keluarga kami..kami disuruh berpindah ke rumah kami sendiri ketika rumah kami siapnya belum hampir separuh..tido berdindingkan alang buluh,berbumbungkan atap nipah..entah mana tingkap,mana pintu aku pun tak tahu..cuma suasana malam menjadi dinding untuk kami tidur.minum di dalam batang buluh dan cuma makan nasi beras merah sahaja..kadang-kadang aku berfikir mengapa hidup kami begini..selalu menjadi bahan ejekan,umpatan orang..tapi aku masih berpegang teguh pada kata-kata ibuku.."Biar orang buat pada kita,asalkan kita tidak buat benda yang sama pada mereka.itu umpama kita turut bodoh seperti mereka jika kita buat jugak"..apa yang aku fikirkan untuk sedapkan hati aku..aku cuma berfikir yang tuhan terlalu sayangkan kami..itu aku pasti..
Lamunanku dikejutkan oleh bunyi hujan yang turun membasahi bumi..aku berlari menutup tingkap dan pintu rumah agar air hujan tidak tempias ke dalam..sesudah selesai semua,ku atur langkah menuju ke bilik..aku duduk menghadap tingkap bilikku yang sengaja ku buka..satu persatu air hujan yang menyentuh bumi ku renung..mungkinkah keajaiban akan berlaku dalam hidupku..masihkah ada harapan untuk aku pergi...air mata menuruni pipi ku..ku biarkan ia mengalir sekadar untuk melepaskan kesedihan ini..
Keesokan harinya ku lalui dengan hati yang masih sedih dengan cita-cita yang tidak kesampaian tu...puas otak ni berfikir kenapa aku tiada rezeki disitu..Sarawak..sebuah negeri yang aku tidak pernah terfikir langsung hendak jejak..apetah lagi belajar di situ...
"alahai..hari ini masuk petang pulak.."aku mendengus seorang diri..langkah aku atur menuju ke stesen bas yang tidak jauh dari rumah aku...fikiran aku masih lagi melayang memikirkan tentang tawaran belajar yang aku terima semalam..."panas pulak hari ni..bas pun lambat gak..nanti tak pasal-pasal aku lambat masuk keje..tau-tau jelah En.Malik tu..angin tak ingat tempat..minta-minta jap lagi ade lah bas lalu.."aku merungut sambil berdiri menunggu bas yang tidak muncul-muncul.."feeewittt...pon..pon...ai dik nak tumpangke?"..entah mamat siapa lah ni yang menggatal cuba nasib mengurat aku panas-panas ni...sengaja ku tidak menoleh menghiraukan mamat bengong yang lalu tadi..."aku dahlah panas..dia kacau, bertambah panas plak aku dibuatnye..bodoh tul!".....tiba-tiba kelibat bas kelihatan melepasi selekoh.."sampai pun..alhamdulillah.."........
Sedar tak sedar hampir setahun berlalu...tawaran belajar di sarawak tu??ayah ku izinkan juga akhirnya...terima kasih pada pak teh yang banyak menolong menasihati ayah supaya bagi aku peluang untuk belajar..itulah namenya.kalau sudah rezeki ditentukan olehNya,tiada siapa boleh mengubahnya...kini aku bergelar pelajar Uitm..bangga seyh...hehe...dan lagi satu..i'm not single anymore...means;aku sudah punyai pacar..hehe...bila?semuanya satu permulaan cerita baru dalam hidupku disaat penutup cerita lama dalam hidupku...
CHAPTER 4
"...Nis,ko ni dh coupleke belum dengan mamat tu?.."tanya Ida..
"dah.."jawabku tersenyum.."
asal tak bagitau kami..oo00 kunun nak simpan rahsia la ni yek..alahai dengan Ida pun nak simpan-simpan...tapikan Ida pun sudah couple dengan Shah gak..hikhik..."tanganku dicuit sambil mengangkat keningya..aku nampak kegembiraan pada raut wajah dia..bestnye Ida,nampak sangat dia ni bahagia dengan Shah..hope it will last forever...
"aku bukan tak mau bagitau korang,tapi baru jelah...24 haribulan haritu..before kite g kubah tu...kiranya masa on da way g sane aku dh jd awek dia..hehe..ko tak perasan ke aku duduk sebelah dia mase dalam van aritu..kalau dia bukan pakwe aku buat ape aku dok sebelah dia..baik aku dok sebelah mak Nure..hikhik.."kami berdua ketawa serentak..."00oo patutla..dorang sume dah tau ke psl ni??ke aku yang da first to know..tapi cian plak aku tengok gerek ko..berpeluh-peluh duduk sebelah ko..ko ni keluarkan haba banyak sangat ke masa duduk sebelah dia??tapi aku pun duduk sebelah ko gak tapi tak rasa pape pun..hehe.."..seloroh Ida.."aku kan hot..mestilah dia berpeluh.."jawabku selamba...tapi kenangan kami sekawan ke Kubah tu memang sesuatu yang akan ku kenang sampai bila-bila...kami bagaikan satu keluarga yang sangat akrab..satu tali persahabatan yang seronok..kami lalui zaman pra kami bersama...itulah kenangan yang aku ada bersama-sama kawanku disana...thanks a lots guys...u all da best!!!..sekarang segalanya berubah...masing-masing sudah membawa haluan hidup masing-masing....aku tetap dengan hidup aku yang penuh cerita suka-duka...
kehidupan semasa diploma memang menyeronokkan terutamanya bila kita ada orang yang kite sayang...3 tahun sesuatu yang sekejap bila kita tahu nak manfaatkan masa bersama..pejam celik pejam celik dah tamat diploma...pelbagai krisis percintaan yang aku lalui bersama dia..perpisahan sementara perkara biasa dalam percintaan..almaklumlah..budak-budak..kurang matang lagi..lagi-lagi kami berdua 1st luv masing-masing..hehe..tersenyum aku mengenang puppy love aku dengan dia...
Tapi akhirnya..cinta kami tidak sampai ke pantai..karam dipukul ombak...entah kemana kapalnya dan entah kemana hilang kemudinya....memang perit tapi itulah kenyataan yang aku harus terima...dia bukan milikku...dan dari situ aku fahami apa itu pengalaman hidup...pengalaman yang banyak mengajarku erti sebuah usaha,kesabaran & kecekalan dalam menghadapi kenyataan yang kadang-kadang tidak tercapai akal manusia..Tuhan itu Maha Mengetahui..Qada' & QadarNya lah yang membawa kita sampai ke tahap sekarang...ku harapkan ada lagi sinar untuk ku pada hari esok...
Perjalanan hidup yang aku lalui semakin menguji kesabaran & keimanan ku...setiap insan di dunia ni mesti ada zaman silam yang gelap...kejahilan mengusai diri tatkala diri sendirian & kurang pedoman..dan aku tak terkecuali dari itu....pengalaman gelap itu aku sentiasa segar dalam ingatan ku..disaat itu aku hilang punca..hilang kawalan dan waktu itu hanya syaitan teman baik ku...tapi pengalaman itu akan aku jadikan asam garam kehidupan aku...penguat semangatku dan cikgu terbaik yang aku ada..betula kata pujangga inggeris."experiences is the best teacher.."...tapi pengalaman ini kadang-kadang buat aku terfikir masih adakan kebahagiaan untuk aku nanti..atau aku cuma salah satu watak kecil dalam drama kehidupan duniawi..satu watak yang hanya dijadikan penyeri,jika tiada pun tidak memberi kesan apa-apa..
CHAPTER 5
Awal tahun 2008............
Mungkin kalau bagi gadis lain,setelah putus cinta kita akan merasa kecewa yang teramat..tapi bagi aku...bukan kecewa..penyesalan...bukan menyesal kerana bercinta dengannya tapi menyesal kerana tak dapat menyelamatkan cinta itu...tapi Allah tu Maha Adil & Maha Mengetahui....
Entah bagaimana atau mungkin sudah tertulis dalam takdirku aku bertemu dengan si dia....dia???seorang yang matang,lucu,penuh dengan senyuman,baik hati & bertanggungjawab..bukanlah aku terlalu memuji si dia tapi..itulah dia..seorang yang mempunyai perbezaan umur yang begitu ketara denganku..tapi...'age is just a number'....
perkenalan kami bermula dengan satu panggilan telepon darinya..waktu itu seingat aku masa lunch hour....kami cuma berborak kosong..borak-borak kosong sama seperti permulaan pada setiap perkenalan...dia bekerja sebagai consultant di sebuah agency pekerjaan di bandar Kuala Lumpur..hampir sepulah tahun dia berhijrah ke sini..asal:-orang Kedah..fizikal??urm..tinggi dari aku,berkumis,tidak gemuk dan tidak kurus-sedang2 jer..boleh dikatakan 'sweet person'..sedap mataku memandang.hehe...sepanjang perkenalan kami dia seorang yang memahami kehidupan ku..kerja aku macam mana,perangai aku & orang disekeliling ku...aku senang & gembira tiapkali bersama dengan dia..mungkin ini dikatakan permulaan sesuatu yang baik..kami berkawan rapat...kemana & apa saja kami akan buat bersama..dia sentiasa bersama ku dikala suka & duka begitu juga sebaliknya...aku selalu gak naik motorbike dia..fuss..pengalaman pertama naik moto besar ni memang teruja...dia selalu bawa aku jalan2 cari makan naik moto besar dia..sweet kan kami......
tapi......segalanya berubah sekelip mata.ku sangkakan panas hingga ke petang..rupa-rupanya hujan menjengah merubah segala....dia dah kembali ke Penciptanya....malam tu aku msaih lagi bersms dengannya..dah setengah jam selepas tiu..dia pergi untuk selamanya...pilu & sunyi rasanya bila kita yang biasa bersama tiba2 seorang diri meneruskan hidup..hampir 3 hari aku seperti orang hilang akal..tidak makan & minum..cuma tangisan menjadi teman setiap saatku..
mengapa kenangan manis itu hanya menjengah sebentar cuma?..
mengapa kebahagiaan itu bukan milikku abadi?.
mengapa aku harus sendiri lagi?.
persoalan itu yang selalu berlegar-legar dalam kotak fikiranku..ku kuatkan diri ke rumah arwah mengemas semua barang-barang dia...setiap sudut ku pandang,muncul kenangan kami..gelak tawa,senda gurau kami bersama...air mataku jatuh lagi...baunya ada disetiap sudut bilik itu..mengingatkan aku pada bahunya yang ku bersandar tiapakali aku sedih,lelah dengan dugaan yang aku lalui..diri ini dipeluk dan dia berbisik lembut kepadaku.."Anis,ini semua asam garam hidup..kita tak boleh lari dari kenyataan ini..jangan cepat mengalah kerana abang masih ada bersama anis"..bibirku mengukir senyuman..dia seorang pendengar & penenang yang baik...ku cium bahunya tiapkali aku lega meluahkan perasaan aku...air mata ku dikesat lembut jarinya...bau dia betul2 ku rindu.....
kini...kemana lagi aku harus luahkan kesedihan & lelah penat yang aku lalui sehari-hari..tiada lagi jari lembut menyapu airmata ku yang jatuh menuruni pipi...tiada lagi senyuman terukir di bibir lesuku..tiada lagi sinar cahaya dimataku...dia pergi membawa segala2nya yang dulu pernah aku ada...mengapa ujian itu datang lagi padaku??.......segalanya berubah sekelip mata..kehidupan yang aku lalui sekarang,cukup menguji perasaan aku...aku hidup dalam kenangannya..bukan mudah untuk aku membiasakan diri kembali sendiri,lakukan semuanya sendiri.....malam2ku dipenuhi tangisan rindu......
Ya Allah,Kau Kuatkan imanku,cekalkan hatiku & Kau berikan aku kekuatan disetiap dugaan yang Kau berikan Ya Allah...sesungguhnya hanya Kau Maha Mengetahui..ku berdoa semoga ada kebahagiaan menunggu ku......Amin......
CHAPTER 6
kehidupan itu suatu yang penuh dengan pengajaran..sama ada dalam bentuk kegembiraan atau kesedihan..aku melalui semua liku-liku hidup ku dengan tangis dan tawa yang kadang-kadang aku pun tidak tahu puncanya..mungkin kerana akal ini terlalu penat memikirkan dan mengingati sejarah-sejarah lalu yang lebih penuh dengan kepahitan dari kegembiraan..namun aku tegar dengan segala yg berlaku atas kehendakNya..aku insan yang lemah yang kadangkala aku sendiri bingung..'mengapa aku tidak dapat bezakan diantara baik dan buruknye perjalanan yg aku ambil'..hati aku berbisik sayu.."dimana sebenarnya penghujung kesedihan ini..mengapa setiap kegembiraan yang aku rasai cuma sementara untuk ku..adakah ini balasan kesilapanku yang lalu??tapi apa yang telah aku lakukan sehingga aku dihukum sebegini rupa?..soalan ini yg selalu bermain-manin dalam kotak fikiran ku..
Bang!..'woit nis,ko dari tadi aku tengok asyik termenung je..sudah-sudah lah tu nis..yang pergi tetap pergi..kita yang tinggal ni kene teruskan kehidupan..aku tau ko sedih..normal la dua tiga minggu ni ko akan sll teringat kat arwah...banyak-banyakkan sabar ye nis..aku kan ade..'..suzie..itulah kawan sekerja aku yang dah banyak tolong aku..dia seorang yang baik tapi sifat 'keotaian'dia buat dia nampak ganas..tapi aku tau dia ni ladies inside...teguran dia bangunkan aku dari lamunan aku...betul kata suzie..dua tiga minggu ni aku selalu menangis teringat kat arwah...jari ku menaip namanya dia yahoo..dan paparan berita kemalangan maut arwah ada dalam senarai informasi..sengaja ku halakan tetikus ke artikal yg tertera nama arwah..satu blog rider keluar menceritakan saat-saat terakhir arwah pada hari itu...satu persatu artikal itu ku baca..dan tanpa aku sedari..papan kekunci latty ku basah dihujani air mata...dia ku rindui...semoga hari-hari yang mendatang akan kulalui dengan kesabaran dan ku mengharap kebahgiaan ada untukku..amin...
Mungkin telah ditakdirkan Illahi, episod baru dalam hidupku bermula pada hari itu..segalanya bermula dari sebuah senyuman yang aku terima ketika bermain badminton petang itu...
Comments
Post a Comment